PERLINDUNGAN PENYERTAAN
- Pereka akan menerima hadiah wang tunai
- Syarikat Korporat yang terlibat akan mendapat hakmilik rekaan ciptaan.
- MGPA berhak untuk menggunakan, mengubah, mencetak dan mempamerkan rekaan yang terpilih bagi tujuan promosi berkenaan PPD di mana-mana medium atau format yang bersesuaian, sama ada bagi kegunaan tempatan atau antarabangsa. Pihak penganjur mempunyai hak sepenuhnya dan tidak perlu memberikan notis dan mendapat kebenaran peserta.
- Semua prototaip produk / bungkusan yang diterima oleh pihak penganjur adalah hak milik penganjur dan rakan penganjur dan tidak akan dipulangkan kepada peserta.
- Peserta boleh menuntut prototaip dalam jangka masa 30 hari selepas keputusan diumumkan. Sekiranya prototaip tidak dituntut dalam jangka masa yang diberikan, pihak MGPA & MRM berhak untuk menghapuskan prototaip yang tidak dituntut.
PROSEDUR PENYERTAAN
- Semua penyertaan termasuk minimum 3 lakaran rekabentuk mestilah dimuat naik ke laman web PPD (https://ppd.org.my/register) sebelum atau pada 12.00 tengah hair, 30 Julai 2021.
- Penganjur akan membiayai segala kos pengeluaran 3D prototaip untuk finalis yang dipilih oleh hakim-hakim pertandingan ini. Semua 3D prototaip dalam setiap kategori akan digunakan oleh hakim-hakim untuk memilih pemenang-pemenang dalam setiap kategori.